Lokasi
Pondok ini beroperasi diatas tanah
seluas 2.5 ekar yang diwakafkan oleh Julia bt Syaari dan suami beliau Ishak
yang terletak di Lot 1170, Tg. Kepah Batu 8 Lekir, 32020 Sitiawan Perak Darul Ridzuan
dan akan diproses untuk di wakafkan dibawah MAIP serta akan dibangunkan di Lot
tanah 1169 (2.0 ekar) yang diwakafkan oleh anak-anak Osman.
Infrastruktur
Keluasan tanah seluas 4.5 ekar
dirancang untuk dibangunkan, selain dari bangunan yang sedia ada ialah sebuah
banglo 7 bilik yang telah dibaik pulih dan dijadikan penempatan bagi pelajar perempuan.
Bangunan bangsal kilang telah diubahsuai menjadi asrama pelajar lelaki
sementara sebuah garaj kereta yang telah diubah suai dan dijadikan kantin. 24
unit pondok telah dibina untuk penempatan warga emas. Bangunan seluas 100’ X
50’ telah dibina yang dijadikan sebagai dewan, kelas-kelas, pejabat dan surau
sementara.
>> Lokasi
>> Sejarah Awal dan Objektif
